Powered by Blogger.
RSS

pengalaman dating yang paling memalukan







 Bismillah Alhamdulillah
Assalamualaikum..



1st time date pada tahun 2006 (tingkatan 4) sebab terasa diri ni dah besar so AR pun try la nak kenal-kenal aweks ni..So mula la berchatting ni,then kenal la sorang awek ( G nama samaran ) dari sungai petani.Tup2 dapat orang Utara ni best jugak. AR tak guna hp sbb alahan sikit,so sepanjang kenal hampir 7 bulan tu kami jd close sgt2! Pastu satu hari G turun Kota Bharu, so dia ajak jumpa la..Disebabkan dia dtg dari jauh,so AR turutkan je. Kami janji nak jumpa di Selera Cik Siti ( kedai mkn yg Chicken Chop plg best ) pukul 4 petang, lepas Zohor AR tertidur. Bila jaga je dah pukul 4.30 petang!! Cepat-cepat la AR bersiap pergi sana,sampai sana rasa nak buang air so terus ke bilik air tnpa cari G kat mana. Seusai lepas hajat tercari-cari la,then nampak seorang perempuan lambai tangan. Dia kenal AR sbb pernah tgk gambar AR,tp AR tak prnah tengok gambar dia.Bila pergi,ramai la orang yg tengah makan ni tengok-tengok.Tapi AR ignore je , alangkah terkejutnya AR sbb G rupa-rupanya bisu! Patut la dia tak marah bila AR tak dpt call dia....

Jap...walau G bisu,tu bkn pengalaman memalukan bagi Ar sbb G dah jadi diri dia yg sebenar. Tapi yg memalukan bila AR pakai baju terbalik dan baju tu terkoyak kat leher then bahagian ketiak belah belakang.Tambah pulak lupa zip seluar!!! Ya Allah malunya..Nasib baik pakai benda dalam. Cepat2 lari masuk kereta ambil sweater..


AR nak tag :

  1. Mat Gebu
  2. Cerita Amani
  3. Eca Comot


p/s: cikgu... AR rasa karangan ni lebih dr 150 patah perkataan la.Tak pndai nak buat ringkasan sebab masa cikgu ajar tu AR tidur...

sesiapa yg nak join contest ni,boleh lagi sbb tarikh tamat pada 20 Mei 2011 tepat jam 12 mlm..nak join? boleh la kiranya korang ke  < BUAH HATI >
Selamat mencuba =)


العلل لقاء

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Bila lelaki bermimpi

Bismillah Alhamdulillah
Assalamualaikum..

Bila lelaki bermimpi..Maaf entry ni bkn AR nk buat berunsur lucah tapi lebih kepada pertanyaan. betul ke bila lelaki bermimpi perempuan,itu jodoh dia?Mimpi jenis mcm mana?
Banyak kali jgk la AR ada mimpi ni,"wet dream"  tak payah cerita la sbb semua lelaki pernah alami benda tu.. AR selalu je mimpi yg AR ada sebuah rumah yg simple tp sgt selesa.Syurga untuk anak-anak mungkin.. Part AR kawin tu takde la pulak mimpi cuma part rumah, then part AR kiss dahi seorang perempuan yg sarat pregnant masa nak pergi kerja. Pelik bila rasa benda tu mcm betul2 terjadi.. Dapat rasa bila pegang bahu perempuan tu, usap perut tu. Yang AR sure sangat bila AR mmg tido sorang2 dan tak pernah berjalan ke bilik org waktu tidur. Mesti ada tertanya part "ehem.." tu dengan perempuan sama jugak ke? Yg tu AR nak cakap,muka tak nampak.. Banyak kali pulak tu mimpi benda yang sama.. 

Teruk jugak bila dah mula bermimpi ni..Takut pun ada!

Best jugak kalau tu betul2 berlaku, dapat isteri solehah , sabar menunggu kita , sabar dengan karenah anak-anak. Tambahan pula ade suami yg sempoi dan papa yg best mcm AR ni. Hahaha

Ummi ! Angah sayang ummi lah... =)


العلل لقاء






















  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Salam Untuk Kekasih - Nadia




Di sebalik kalbu
Yang semakin layu
Terbenam rasa rindu
Terkunci suara hati
Tiada siapa tahu

Dimanakah kasih
Tak seperti dulu
Kata kau sayangkan ku
Benarkah itu

Walau kehadiranku hanyalah sementara
Bukan salahmu sayang kira kau jatuh cinta
Akan ku pergi jauh takkan kembali
Salam maaf permisi
Ku undur diri

Kini ku bersara
Dengan langkah baru
Menyisi luka ini
Kekasih… sekeras aku
Terhiris kerna kamu

Ku tinggalkan cinta
Kisah yang berlalu
Kisah kenangan kita
Hanya kau tahu

Walau kehadiranmu bagaikan menghiasi
Bukan caraku sayang harap engkau mengerti
Pemergianku ini tak ku relai
Salam maaf permisi
Ku undur diri

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Yeah!

Bismillah Alhamdulillah
Assalamualaikum..

hari ni ummi text AR, katanya :

"assalamualaikum "hero" ummi,semoga sihat selalu.dah dapat biasakan diri di tempat orang?angah buat blog ye..kenapa warna blog tu garang sangat?terima kasih sebab ada jugak untuk ummi,ternyata ummi begitu penting kan?apepun gunakan dengan sebaiknya,jangan abaikan pelajaran pula....."

ade lg la yg ummi AR hantar tu tapi privacy siket.Kalau AR taip,sah la saham jatuh...so untuk membalas text tersebut,AR pun reply la..

"w'salam ummi hero.kenapa perlu "" pada hero?ok ape blog angah warna merah macam tu dari warna pink pom-pom girl..patut la angah ade sikit sikap koya,rupanya dpt dr ummi.arahan diterima......."

thanks ummi sebab sudai singgah kat blog hero yg kecundang ni.hahaha..angah tak reti la nak buat blog bagi cantik dan gempak mcm blog lain.tapi akan dibaiki dari masa ke masa.

Ummi..! Angah sayang ummi lah..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Prince William & Kate Middleton

Bismillah Alhamdulillah
Assalamualaikum..

Berapa ramai blogger tengok rehersal perkahwinan Prince William & Kate Middleton petang semalam? Abang saudara AR ada call ajak naik sana. Takkan la nak ponteng kelas semata-mata nak tgk diorang kawin. Kita kenal diorang tapi diorang tak kenal pun kita.Hehehe..
So semestinya perkahwinan mereka nanti antara "wedding of da year" la kerana last negara mereka menyambut majlis perkahwinan pd tahun 80'an dulu masa perkahwinan parents diorang.

Dianggarkan 2 billion umat manusia yg akan gie tengok esok. Sekarang ni pun dah ramai yg pasang khemah then tidur diluar kawasan, semangat betul diorang ni. So diharap semuanya berjalan lancar la.. Kalau nak kata nanti ada rusuhan dari kaum wanita sebab cemburu,itu tak mungkin berlaku sebab ramai wanita disana memang tak cemburu langsung dgn si Kate ni. Mereka beranggapan bahawa Kate akan dikongkong dan hidup dalam kesengsaraan kerana protokol2 istana...
Kalau kat negara kita ni,ramai lg la kan yg berangan nak kawin dgn anak org kaya or putera raja...

Gambar kawin mereka sah2 la belum ada, so tengok la dulu gambar mereka sebelum kawin ni..

































Sebarang khabar angin yg mengatakan Kate terdesak , mendesak untuk jadi wife William @ Kate dan William tidak bercadang inginkan cahaya mata @ Kate memasang strategi yg bijak kerana jika diceraikan dia mungkin akn menjadi janda terkaya di dunia..Kita ignore, biarkan mereka dan bg mereka ruang utk lead hidup dan rumahtangga diorang sendiri...


العلل لقاء '

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tu la Ummi AR !

Bismillah Alhamdulillah
Assalamualaikum

Terasa mcm nak buat satu entry untuk ummi la. Mana la tahu ummi pulak senyap2 jadi "silent reader". Ummi AR ni seorang gadis..gadis? { Wanita la AR }
Oke ummi AR ni seorang wanita yg cekal dan sgt tabah dalam hidup sebagai ibu, isteri dan juga cikgu.
Disebabkan ummi AR ni cikgu bahasa Inggeris,EST n ape lg ekk? So ummi amat menitik beratkan markah subjek Inggeris bila result exam keluar.
Ummi memang marah sesangat bila anak2 (AR la yg terutamanya) speaking broken English @ type msg dlm broken English + Malay = Rojak.
AR ni tak suka buat ape yg ummi suka depan2 ummi..suka buat tanpa pengetahuan,so bila dia tahu AR buat ummi akan touching!
Entry ni mcm akan menjadi entry yg sadis je..hurm..
So AR si hero ummi yg kecundang ni tgh cuba nak naikkan balik saham dirinya dalam family..
Ummi AR ni bila AR ade kenal dgn seorang perempuan je,dia akan selidik smpai puas. Bila nak keluar je mesti ummi akan tanya nak keluar dgn perempuan yg mana.
Ummi...ummi..mcm la AR ni player..

Tak tahu dahnak taip ape pasal ummi.. Taip lebih2 takut kena lekuk ngan ummi lak.Hahaha...
Sayang ummi... ;)


العلل لقاء '

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hero Ummi yg pasrah

Bismillah Alhamdulillah
Assalamualaikum

Entry ke-2 utk hari ni,cuba nak ringankan tangan walaupun tak dpt nak lawan entry2 sepupu.So hari ni apa cer blogger sekalian? Harap idea datang mencurah2 la nak update blog ni.
Hampir sebulan sudah berada di bumi Sydney ni yg jauh beribu-riban batu dari ummi. Sayu je rasa bila dgr kawan2 cerita pasal parents.
Diantara ummi dan abah,AR memang rapat sangat dgn ummi. Abah AR tu orang yg selalu busy so jarang la ade masa dgn dia.
Cerita pasal ummi ni teringat masa AR kecik dulu, ummi AR ni ada penyakit lelah so bila ummi lelah mesti AR pergi urut belakang ummi then kata "ummi tunggu la angah besar dulu kalau nak mati pun.bagi angah jadi doktor pastu boleh rawat ummi.angah rawat percuma je". Bila ingat balik ayat tu,rasa nak lempang diri sendiri sebab ade ke patut cakap "tunggu angah besar dulu kalau nak mati pun.."

Dapat ke AR jadi doktor?

Masa kecik2 dulu cakap kat along

AR : along jgn la jadi doktor nt besar.biar angah je jadi,angah nak cari ubat kat ummi.
Along : doktor tu rawat je keje,yg cari ubat tu saintis la
AR : kalau mcm tu angah nak jd doktor & saintis la
Along : jadi la nak jadi ape, along tak minat pun nak jadi tu. Along nak jd mcm Tiger Woods
AR : golf ? nt jadi mcm abah...
(along senyap)

Lepas Along dapat result SPM dia masuk matrik then sambung medic. Ape punya Along la yg cakap tak serupa bikin. So AR dah jadi hero ummi yg kecundang.
Dan AR membawa diri then pilih course Chem.Engineering sbb AR malas nak ambik yg sama dgn Along AR...

Angah sayang Ummi..still Hero kan?


العلل لقاء
  '

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Jom mula

Bismillah Alhamdulillah
Assalamualaikum semua..


    Abg Reader memperkenalkan diri sbg "AR".. Oke meh nak bagitau semua ni, AR sebenarnya bukan la salah satu makhluk yg asing (makhluk asing) dalam dunia blogger ni. Dulu AR ni suka "tolong" abang AR & sepupu sepapat AR dalam mempromosikan blog diorang. So sampai masa AR rasa yg AR patut ada blog sendiri sebab AR tengok sekarang ni blog macam dah jadi benda yang harus ada.


   Wujudlah blog ni yg dinamakan sbg "SILENT READER" yg menggambarkan diri AR yg "hohahoha" bila didepan tapi "mute" bila dibalik tabir. Seperti yg Ar kata kat belah tepi blog ni yg AR bukan wat blog ni semata-mata nak pungut "follower" tapi lebih kepada luahan. Tapi AR mengalu-alukan sape yg nak "follow" AR, mana tahu ada yg berminat dgn cerita-cerita AR ni.

   5 jam didepan laptop gara-gara nak buat blog ni, rasa sakit sangat dah tulang belakang. Macam dapat rasa je macam mana ummi rasa masa AR duk dalam rahim ummi. AR ada masuk satu page pasal template ni la,tp bila upload asyik error je. Naik cemuh dah ehh, dan yg geram sangat ni hampir keseluruhan template sesuai utk blogger wanita/perempuan ! Baru AR faham bila blog abang AR macam blog perempuan. So AR sekarang ni tengok blog sepupu AR la untuk sedikit idea.

  So sape nak komen tu silalah komen. Kalau ada nak bagi pendapat untuk template @ design @ nak reka design untuk AR tu , sila-sila.. jangan lupa bagi link/url page tu @ link/url korang.



العلل لقاء '

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS