Powered by Blogger.
RSS

Eksfolasi?

Bismillah Alhamdulillah
Assalamualaikum


Meluap-lupa nak update blog, tapi cerita menarik tak de. So macam mana ni? Kita masuk slot "sharing is caring" la kan? Boleh? :]

Hari perkongsian kita pasal "eksfolasi". Apa tu "eksfolasi" ni? Kalau korang nak tahu eksfolasi adalah satu teknik pengelupasan kulit. Bila terjadinya eksfolasi ni, kulit akan bertambah halus dan muda. Kalau tak buat teknik ni, nanti sel kulit mati korang tu akan menyebabkan liang roma tersumbat dan menjadi punca jerawat , bintik hitam dan kulit kusam.

Kita bukan perlu lakukan eksfolasi ni setiap hari ye, ianya bergantung jenis kulit korang. So bila korang patut eksfolasi?

  • Kulit kering : korang boleh lakukan sekali seminggu
  • Kulit berminyak : korang kena buat sekali sehari. Penting!
  • Kulit biasa : buat dua kali sehari or selang setiap hari untuk elakkan eritasi kulit


Korang buat la bergantung dengan kesesuaian cuaca kat tempat korang tu la. Peka ye kawan ~

Korang boleh buat sendiri "adunan" ni dari rumah. Ye betul... barang2 tu ade kat dapur korang. Tak caye?

  1. Minyak Jagung
  2. Pati Buah Oren


Ha ade kan? Oke sekarang cara-caranye lak. Adeii, dah macam nak jadi chef pulak AR ni. =P

  • 1 cawan minyak jagung
  • 1/2 sudu teh pati buah oren
  • korang campurkan dan gaul sebati


Lepas siap tu korang boleh la guna. Bila nak guna ambik la tapi tambah gula sikit, lepas tu urut muka selama 5 minit. Lepas tu macam biasa la , bilas dan lap sehingga bersih.

Selamat mencuba ~



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 comments:

MaiRa QuEeN said...

check bloglist ye..

http://ctqueen.blogspot.com/

Hero Ummi said...

thanks Maira..ade dlm senarai tu :)