Powered by Blogger.
RSS

Kena pilih wangian yang sesuai

Bismillah Alhamdulillah
Assalamualaikum

Ni bukan sesi mengutuk ke ape ke , ni sesi... Ape? ..... Haa..sesi sharing is caring (:
So hari ni AR nak share la tentang wangian. Ada kawan AR tu mempunyai masalah BO yg sangat teruk masa zaman sekolah dulu la. Dan ade juga yang bila kita jalan dibelakang dia , dan dia dah maju jauh dari kita kedepan pun kita masih lagi boleh bau wangian dia. AR bukan nak kata ape la,kadang2 naik sakit hidung ni. Berpada-pada la ye kawan.. So pilih la wangian yg tepat dengan diri kita..

Oke macam mana kita nak tahu apa wangian tepat? Sama ada korang nak pergi tempat jual perfume berjenama atau spa/ apa-apa pusat kecantikan yg menawarkan khidmat "tilikan aura". Tilikan aura ni bukan tilik nasib ye.. Tilikan aura ni kita boleh tahu warna yg sesuai untuk diri kita , apa sifat yg kita cenderung dan banyak lagi la..

"ala...tengah bulan ni. poket dah ringan la"

"duit loan tak dapat lagi"
"mahal la"

 "tak tahu mana letak pusat kecantikan macam tu"

"takut la nak tilik-tilik ni"

Banyak la kan alasan kalau dah taknak keluar duit. Tahu...AR tahu sebab AR pun tak cukup duit jugak. So kita pilih cara free la. Nak? Mesti la nak,sebab dengar "free" tadi. Oke jom ..



Bagi korang yg berpewatakkan lemah lembut , wangian floral mmg masuk la dengan diri korang ni. Kerana selalunya orang yg berpewatakkan lemah lembut akan disenangi. Boleh la cuba wangian berasaskan > melor,kemboja,mawar,melati dan lain-lain


Bagi yg berpewatakkan ala "penggoda" pula adalah jenis orang yg bersemangat. Wangian yg masuk dengan diri korang adalah wangian oriental. Apa contohnya? Contohnya bau manis, vanilla , rempah-ratus , kayu-kayuan.. Ni akan menaikkan lagi semangat dan gaya korang tu.


Jika korang seorang yg aktif, ceria, optimis... Wangian berasaskan buah-buahan boleh membuatkan korang sentiasa segar dan memberikan aura positif kpd korang. Terserah kpd korang jenis buah apa yg korang suka baunya.


Korang ni jenis yg mengikuti perkembangan semasa? Wangian alam semula jadi sesuai dgn korang. Ini termasuk la aroma dedaun , pokok-pokok segar , dan alam semulajadi. Bauan ini boleh meningkatkan daya berfikir korang dan membuahkan idea bernas tanpa berfikir panjang.



So yg mana satu korang? Hanya korang yg tahu. Apapun,jangan terlebih pakai wangian.Cukuplah di nadi lengan , nadi leher dan sedikit di bahagian dada..

Selamat Beramal~



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: